Kata adjektif tidak mempunyai subgolongan yang ketara, tetapi berdasar
kriteria makna, kata adjektif dapat dibahagikan sekurang-kurangnya sembilan (9)
kriteria, seperti berikut:
1.
Kata adjektif sifat / keadaan
Kata
adjektif sifat / keadaan ialah perkataan yang digunakan bagi
menerangkan
sifat atau keadaan sebagai unsur keterangan kepada kata nama, seperti contoh berikut:
Contoh
perkataan: kuat pintar nakal
keras lemah sihat
bijak cergas jahat
Contoh
ayat: 1. Budak nakal
selalu kena marah.
2.
Dia lemah dalam matematik.
3.
Kubu
pertahanan pemberontak itu amat kuat.
4.
Anak Pak
Kamar bijak sekali.
5.
Peserta
itu berdiri dengan cergas.
2.
Kata adjektif warna
Kata adjektif warna sebagai unsur keterangan kepada kata
nama ialah perkataan yang memberi
pengertian warna, seperti contoh berikut:
Contoh
perkataan: jingga perang hitam
putih biru kelabu
Contoh
ayat: 1. Adik suka pakai baju hijau.
2. Pakaian
pelajar sekolah berwarna putih.
3. Baju
kesukaan saya berwarna kuning.
4. Kereta
merah itu kepunyaan abang.
5. Dia
memiliki mata berwarna biru.
3.
Kata adjektif ukuran
Kata
adjektif ukuran sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian ukuran,
seperti contoh yang berikut:
Contoh
perkataan: tebal gemuk panjang
nipis kurus pendek
tinggi rendah kecil
Contoh
ayat: 1. Buku tebal itu sudah
saya baca.
2. Anaknya masih kecil lagi.
3. Badannya semakin kurus.
4. Kertas nipis
itu tidak boleh digunakan lagi.
5. Pokok itu semakin hari semakin tinggi.
4.
Kata adjektif bentuk
Kata
adjektif bentuk sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi maksud rupa bentuk,
seperti contoh berikut:
Contoh
perkataan: lurus bulat bujur
bengkok leper bundar
lonjong buncit tajam
Contoh
ayat: 1. Jalan lurus mudah
dilalui.
2. Bentuk
buah kelapa itu lonjong.
3. Mukanya
bujur sirih.
4. Pinggan
leper itu untuk pinggan makan.
5. Matanya
tajam memandang ke hadapan.
5.
Kata adjektif waktu
Kata adjektif waktu sebagai unsur keterangan kepada
kata nama ialah perkataan yang
memberi pengertian konsep masa, seperti contoh yang berikut:
Contoh
perkataan: kerap awal sering
jarang lewat silam
baharu dahulu lampau
Contoh
ayat: 1. Kedatangannya
lewat hari ini.
2. Dia berada di kampus sehari suntuk.
3. Kenangan silam
sukar dilupakan.
4. Nenek masih menyimpan barang-barang lama.
5. Cikgu menasihatkan kami supaya datang awal.
6.
Kata adjektif jarak
Kata adjektif jarak sebagai unsur keterangan kepada
kata nama ialah perkataan yang
memberi makna konsep ruang seperti contoh yang berikut:
Contoh
perkataan: nyaris dekat
hampir jauh
Contoh
ayat: 1. Rumahnya
tidak jauh dari Pejabat Pos.
2. Universiti itu dekat dengan lebuhraya.
3. Dia berdiri hampir dengan kereta saya.
7.
Kata adjektif cara
Kata adjektif cara sebagai unsur keterangan kepada
kata nama ialah perkataan yang
memberi pengertian keadaan kelakuan atau ragam, seperti contoh yang berikut:
Contoh
perkataan: pantas deras ligat
lambat gopoh perlahan
laju cermat cepat
Contoh
ayat: 1. Kereta
itu dipandu dengan laju.
2. Siapa cepat
dia dapat.
3. Gasing itu berpusing ligat.
4. Arus sungai itu sangat deras.
5. Dia cermat
apabila berbelanja.
8.
Kata adjektif perasaan
Kata adjektif perasaan ialah perkataan yang digunakan
sebagai unsur keterangan kepada kata
nama yang memberi pengertian atau konsep perasaan,
seperti contoh yang berikut:
Contoh
perkataan: kasih takut malu
sayang hendak geram
cinta rindu marah
Contoh
ayat: 1. Dia
masih marah kepada saya.
2. Nenek itu terlalu kasih akan cucunya.
3. Mereka amat rindu akan kampung halaman.
4. Kanak-kanak itu takut akan kucing.
5. Pemuda itu masih malu untuk bersuara.
9.
Kata adjektif pancaindera
Kata
adjektif pancaindera sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang membawa konsep sentuh,
dengar, pandang, bau, dan rasa seperti
contoh yang berikut:
§
Indera
sentuh
Contoh
perkataan: lembik kasar licin
halus kesat keras
Contoh
ayat: 1. Lantai
itu licin kerana baru dicuci.
2. Kulit mukanya sangat halus.
3. Kain yang kesat itu ialah kain lap.
4. Buku itu berkulit keras.
5. Dawai kasar
itu untuk dibuat ampaian.
§
Indera
dengar
Contoh
perkataan: nyaring lembut mersik
merdu garau serak
Contoh
ayat: 1. Suaranya
merdu bagai buluh perindu.
2. Teriakannya nyaring sungguh.
3. Kebanyakan lelaki bersuara garau.
4. Saya suka mendengar suaranya yang lembut.
5. Alunan musik itu mersik.
§
Indera
pandang
Contoh
perkataan: comel hodoh molek
cantik buruk segak
Contoh
ayat: 1. Pemuda
segak itu guru saya.
2. Kakaknya suka berpakaian cantik.
3. Rumah buruk
itu tidak berpenghuni.
4. Dia ingin mengahwini pemuda tampan.
5. Pakaian pengantin itu molek sungguh.
§
Indera
bau
Contoh
perkataan: wangi hanyir harum
busuk hancing tengik
Contoh
ayat: 1. Bunga
ros itu harum baunya.
2. Bangkai ikan itu menyebabkan bau hanyir.
3. Nasi tengik
itu tidak boleh dimakan.
4. Setiap hari dia memakai minyak wangi.
5. Bau busuk
itu datangnya dari lori sampah.
§
Indera
rasa
Contoh
perkataan: manis kelat masam
masin payau lazat
Contoh
ayat: 1. Setiap
hari kita minum air tawar.
2. Semua orang suka makanan lazat.
3. Buah limau masam rasanya.
4. Saya tidak suka minum ubat pahit.
5. Kuih tradisional itu terlalu manis.